KETENANGAN KU




‘’Keindahan Alam yang sangat indah dengan ciptaan Allah yang begitu unik. Semua Ciptaan Allah adalah sesuatu yang indah-indah bukan, .. Keindahan Alam sangat tenang . Allah is the great! Tiada tuhan selain Allah.. aku sayang sangat kepada Allah!
keindahan alam yang mengkagum kan dapat menyenangkan hati hamba yang mencintai alam..
          
  ''Dan kami hamparkan bumi itu dan kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh dan kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang mata.''
(Surah Qaaf: Ayat 7)










           Allah menjadikan siang dan malam, gunung-ganang, sungai, laut, dan alam semula jadi kita sememangnya yakin alam yang maha luas dan besar ini bukanlah terjadi dengan sendirinya. Mustahil sesuatu itu terjadi dengan sendirinya melainkan ada yang menciptanya. Dan pencipta alam seluruhnya ini ialah ALLAH Tuhan bagi mereka yang bertaqwa.

            Kita meyakini bahawa Allah s.w.t. bukan sahaja semata-mata mencipta bahkan mengatur pula perjalanan alam seluruhnya. Allah lah yang memutarkan bumi dan bulan pada paksi dan orbitnya, menjadikan matahari bersinar, bulan bercahaya dan sebagainya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

            Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah. Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertaqwa (kepada-Nya)?
(SurahYunus : Ayat 31)

           Lanskap Bumi yang indah untuk diamati amatlah berharga. Kita seharusnya bersyukur kepada Allah kerana mencipta alam yang begitu unik untuk didiami manusia tidak seperti planet lain.

            Setiap kali hati yang gundah akan menjadi tenang melihat ciptaan Allah yang sangat indah di samping itu kita panjatkan syukur.

Hati juga akan tenang setiap kali kita melakukan solat. insyaAllah..


Comments

Popular Posts