NO!! ZINA HATI!..
Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk
mendengar, melihat dan menerima kebenaran
dengan erti yang lain iaitu hati yang hidup begini adalah mempunyai nur,
tenaga dan kekuatan. Ia akan sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh
khusyuk, takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk. Hati yang
dihidupkan dengan al-Quran bersedia mematuhi segala perintah syarak.
أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ
“Ketahuilah, sesungguhnya di dalam
hati ada segumpal daging yang kalau dia baik maka akan baik pula seluruh
anggota tubuh, dan kalau dia rusak maka akan rusak pula seluruh anggota tubuh,
ketahuilah di adalah hati.” (Muttafaqun alaih)
Ibnu Rajab Al-Hanbali berkata, “Dalam hadits ini ada isyarat yang menunjukkan bahawa baiknya gerakan anggota tubuh seorang hamba itu adalah, dia meninggalkan semua yang diharamkan dan menjauhi semua syubhat, sesuai dengan baiknya gerakan hatinya.” (Jami’ Al-Ulum Wa Al-Hikam: 1/210)
Perasaannya tidak akan dipandu tanpa pemandu yang jelas.
Bukan dipandu oleh perasaan itu sendiri. Tetapi perasaannya akan dipandu
keimanan dan kematangan. Dan ini akan bergerak membina diri dan peribadi. Bila
ada hati mesti punya perasaan.. perasaan yang unik, dan merupakan satu anugerah
daripada Allah. Iaitu CINTA.. naa, bila ada cinta mesti hati terasa di awang-awangan,
senyum-senyum sendiri,, ouh ! no.. heheh.. tapi sebenarnya, cinta yang
diberikan perlu kita jaga umpama menjaga nyawa sendiri..
Ya, hati itu perlu dijaga supaya dapat
mengelak daripada zina hati!... hati tu
akan represent siapa diri kita bukan? , yang akan membentuk peribadi
kita Ibarat cerminan diri kita kan?. Aku bimbang sekiranya hatiku lalai dari
mengingati Allah yang satu.. L
Perasaan??? Perasaan yang wujud dalam
setiap manusia. Perasaan suka, marah, cinta, atau hati. Lelaki mahupun
perempuan tetap saja ada perasaan cinta dan ini juga berkaitan hati. Itu sudah
lumrah dan keistimewaan yang Allah telah kurniakan kepada hambanya. Namun aku
tidak kuat untuk menempuhi cabaran ini..
Aku hanya boleh berusaha untuk
melupakan apa yang berlaku pada ku jika ini berkaitan Hati! Aku akan berusaha
untuk mensolehkan diriku walaupun aku tahu aku hanya lah seorang wanita yang
baru mendekatkan diri kejalan ilahi.. Itu adalah usaha yang terbaik setakat
ini. Untuk mendapat cinta yang high class bukan semudah ABC, ia
perlu diiringi dengan pengorbanan yang tidak dapat dibayar dengan segunung
timbunan emas mahupun wang ringgit!
Tapi kadang-kadang aku sendiri pun
tewas dalam lautan perasaan. Sukar sekali ingin menjaga hati. Haih, semoga
terus tsabat. Yala, seumur hidup ku ini kali pertama aku meluakan perasaan ku
pada seorang lelaki! Malu memang malu, malu dengan diri sendiri, dan malu
kerana terlalu berani! Ouh.. Selama ni , hanya lelaki saja yang kan
meluahkannya sama aku .. dan sekarang aku pula,tapi dia memang lelaki yang aku
sayang dan aku berharap akan menjadi imam ku suatu hari nanti insyaAllah..
biarlah aku dan Allah saja yang tahu kenapa aku boleh suka dia. Mahukan kita
memilih cinta yang lekeh? Semestinya tidak!
“Kejadian seseorang itu dikumpulkan di
dalam perut ibunya selama 40 hari.sebaik sahaja genap 40 hari kali kedua
terbentuklah segumpal darah beku. manakala genap pula 40 hari kali ketiga
bertukar pula menjadi seketul daging. kemudian Allah SWT mengutuskan malaikat
supaya meniupkan roh dan memerintahkan menulis empat perkara iaitu ditentukan
rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya smada mendapat kecelakaan atau
kebahagiaan. maha suci Allah di mana tiada Tuhan selainNya.” Hadith Riwayat
Muslim.
Jodoh itu umpama rezeki. Samada dicari
ataupun ditemui. Allah telah pun menetapkan rezeki buat setiap seorang daripada
kita. Cuba kita renungkan kekuasaan Allah. cicak adalah haiwan yang tidak
bersayap. Namun, Allah menjadikan makanannya dari haiwan yang bersayap dan
terbang. Pokok periuk kera tidak bergerak. Namun, Allah Menjadikan rezekinya
yang bergerak itu, sendiri datang kepadanya. Begitu juga dengan burung,
rezekinya telah Allah tentukan. Cumanya dia haruslah berusaha untuk terbang
mencari & menemui rezekinya itu.
Jadi aku pasra dan aku mengalah
terhadap cinta ku kepada lelaki yang belum menjadi mukhrim ku. Jika firasat ku
ni benar-benar mengatakan dia sudah mempunyai wanita yang soleha dan berpurda
itu, maka aku akan bersyukur kerana dia mendapat perempuan yang lebih baik dari
aku. Dan sejak perasaan hati ini telah diluahkan pada somebody, maka dengan itu
juga aku berusaha untuk melupakannya dan menganggap dia sebagai kawan.. aku
akan berusaha bagi mengelakan zina hati yang akan melakar jadi baik aku
sediakan pemadamnya agar dapat dihindari perasaan ini.. insyaAllah
Renungilah kata-kata Hukama:
"Letihkanlah dirimu dengan
beribadah kepada Allah. Maka, kamu tidak akan menjumpai sedetik masa pun untuk
berbuat kejahatan."
Jadi, cinta itu adalah sebuah perasaan
fitrah yang cukup indah, jika kita diletakkan pada tempat yang betul, jika
diberikan kepada orang yang tepat, dengan CARA YANG BENAR mengikut landasan
Islam.
Dan terkadang pada saat-saat tertentu,
bila mana kita sangat-sangat perlukan seseorang tu, kita sebut je nama Allah,
insyaAllah ini sudah cukup untuk buatkan hati kita tenang. Inilah pemilik cinta
kita yang sebenar. Hati memang tak kuat, tapi kita akan kuat sekirannya nekad!
Percayalah..!! J
"..Ingatlah, hanya dengan
mengingati Allah hati menjadi tenang" (Ar-Ra'd:28)


Comments
Post a Comment