Mahkluk Allah Adalah Istimewa
‘’Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk
yang sebaik-baiknya’’ (QS Al- Tin [95] : 4 )
‘’Allah tidak melihat fizikal dan rupa kalian melainkan
Allah melihat hati dan amal perbuatan kalian’’ (HR Muslim)
Di setiap ada kelebihan dan , pasti ada kekurangan. Di mana
ada kelemahan pasti ada keistimewaan. Allah telah memberikan kemampuan yang
tidak seragam. Setiap kita memiliki kerena yang luar biasa dan memiliki
kecerdasan yang berbeza-beza. Tidak boleh kita bayangkan jika di dunia ini
semua ingin menjadi doctor,polis, artis , datuk, perdana menteri ?
Allah telah menciptakan semuanya sungguh seimbang. Ketika
Allah menciptakan siang, ada malam di sana, ada duka dan ada suka, ada yang
kaya , ada yang papa. Dua hal yang Allah cptakan kontras itu tidak selalunya buruk
daripada yang lain pasti ada keistimewaan nya tersendiri.
Jika mengeluh tentang malam, ingatlah malam bukan terus
kepada gelap. Dalam malam , ada kenyamanan yang mendukung jasmani kita untuk
beristirehat. Dalam malam juga, para malaikat bertugas mengamini doa-doa
hambanya yang tengadah melemah. Jika mengeluh tentang duka, ingatlah bahawa
duka bukan terus kepada air mata. Kita tidak akan pernah merasakan suka jika
tidak ada duka sebelumnya .. betul kan?? J begitu juga jika kita bercerita tentang kaum
papa, orang-orang miskin di sekitar kita, lebih dekat jika kita lihat di tawau
saja iaitu orang yang minta sedekah dengan begitu bnya , ada yang bawa anak
mereka sekali untuk meminta sedekah.. walaupun kadang-kadang kita rasa sedih,
tak peduli, kesian, simpati dan macam-macam lagi lah.. bukankah dengan adanya
mereka kita boleh menjadi lebih pandai bersyukur .???
Dalam kisah ku ini juga, banyak orang hanya melihat yang
tampak.. mengukurnya dengan satu sisi semata-mata..
Beberapa tokoh dunia, meski akhirnya drop put dari
sekolahnya. Mereka membuktikan bahawa mereka juga boleh Berjaya.. nilai dan
prestasi tidak boleh dijadikan tolok ukurnya. Tapi bukan bererti kita tidak
perlu berlajar bersungguh-sungguh ok.. ?? hehehe J
kerana orang yang berilmu itu mendapat kedudukan mulia dalam islam. Memang ilmu
tidak boleh diperolehi lewat jalur pendidikan formal. Namunn jalur pendidikan
formal lah yang membawa keuntungan untuk kita di banyak posisi. Di sana
kemampuan akademik akan dilatih, kita mendapat jaringan pertemanan, kita
dilatih untuk menguatkan mental, fizikal, dan disiplin, kita mendapat ijazah
atau sertifikat yang sangat di perlukan untuk mencari pekerjaan yang baik di
kemudian hari. Lewat pendidikan formal, kita boleh mendapat pendidikan dan
pembelajaran yang berstruktur dari hal yang lebih besar sampai yang paling
rumit untuk kita meningkat lebih lanjut lagi. Tentu ini sangat berguna untuk
kehidupan kita… J
Jadi bertekadlah untuk bersekolah setinggi-tinggi nya dan
kejar ilmu.!! Jika ada bidang lain yang boleh buat kamu kecapi nya.. kamu perlu
kejar! Ayokk!! Kita mencari ilmu . walaupun sekarang kamu tidak Berjaya, tidak
mustahil suatu hari nanti kan!!..
fighting! Hehehe ( semangatnyaa) ..
betul lah.. Allah menciptakan manusia dengan istimewa berserta
bakat-bakat istimewa juga.. J
Berapa banyak orang cacat kamu lihat tapi memiliki bakat
luar biasa??? Pernakah kamu melihat orang yang kakinya satu atau duduk di
kerusi roda, tetapi boleh juga menjadi atlet olahraga?? Si pelukis lidah yang
menghasilkan karya lukisan Master piece walaupun tidak memiliki
tangan?? Dengan anggota tubuhnya yang tidak sempurna, justeru mereka lebih Berjaya
dan ini menjadikan mereka lebih istimewa.. ok , biar aku cerita, ada satu
pakcik ni yang kerja di kedai perabot dekat dengan restoran singgah selalu. Pakcik
nie cacat tapi aku tabik beliau bukan sebab kekurang tetapi keistimewaan yang
beliau miliki.. beliau kecik dari kita, bukan kerdil tetapi cacat bahagian kaki
yang kadang-kadang menggunakan tangan .. aku tabik beliau kerana beliau boleh Berjaya
dan menguruskan anak-anaknya.. beliau bawa kereta lagi.. naaa, di situ kita
lihat.. betapa istimewanya manusia yang Allah ciptakan..
Kadang-kadang kita lupa, kita sering memperhatikan apa yang
kita tidak miliki, dan sering memperhatikan apa yang orang lain miliki atau
katakan sehingga kita lalai bersyukur.. betul nie saya cakap. Hehe J
Sahabat nabi, Bilal ibn Rabbah . seorang budak yang berkulit
hitam pekat. Statusnya sama sekali tidak mengubah kedudukannya di mata Allah
dan Rasul-Nya. Bilal adalah muazin pertama Rasulullah Saw. Lantunan takbirnya
telah membawa umat Muslim zama itu berkumpul di masjid dan sholat berjemaah.
Bilal juga adalah sahabat Rasulullah Saw yang setia, orang yang paling terpukul
ketika menerima khbar wafatnya rasul… dan ini membuktikan lagi Manusia ciptaan
Allah adalah istimewa.. J
Allah itu maha adil, yang telah menciptakan setiap umat
manusia sedarjat di hadapanya.. setiap manusia juga akan saling melengkapi
kerana mereka memiliki potensi yang tersendiri. Kita, masing-masing di beri
kesempatan untuk bias mengembangkan diri. Manusia memiliki potensi diri yang
dapat menjadikan nya lebih berharga dan berbeza dengan manusia yang lain.. itu
pun jika dia mampu mengolah dan menggali potensinya..
Kita jelas tidak sama sehingga takkan boleh diperbandingkan.
Aku adalah aku dengan potensi ku, kau adalah kau dengan potensi kau. Jika kita
mahu di perbandingkan, bandingkanlah dirimu dengan dirimu sendiri.. adakah hari
ini kamu lebih baik dari kelmari?? Adakah hari esok lebih baik dari hari ini???
bandingkan.. sudah berapa besar kamu berkembang dari sebelumnyaa?? Bandingakn,
kejayaan-kejyaan apa yang kamu raihkan dari hari ke hari??
Setiap kita adalah berbeza, setipa kita memiliki kerena,
setiap kita adalah makhluk-makhluk Allah yang istimewa .. J



Comments
Post a Comment